Skip to main content

Badminton

Roslin saran beregu lelaki negara 'beri lebih perhatian' hadapi Sabar Karyaman-Reza Pahlevi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabar.jpg
Bekas perseorangan nombor satu dunia, Roslin Hashim, menyifatkan prestasi keseluruhan kem badminton negara di Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2025 berada di tahap memuaskan namun masih memerlukan penambahbaikan.

Perkara itu susulan hanya beregu lelaki diwakili gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjejakkan kaki ke separuh akhir berbanding wakil negara dalam acara lain.

Wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu tewas kepada beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi, malah, mereka turut menewaskan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pusingan suku akhir.

"Kena berhati-hati, memang Man-Tee menang berdepan Fajar-Shohibul, tetapi selepas dia kalah berdepan gandingan yang Aaron-Wooi Yik kalah juga, jadi perlu diberikan perhatian lebih.

"Mereka perlu perbaiki kesilapan. Kami mahu katakan keputusan kali ini baik sangat pun tidak, kurang pun tidak," katanya.

Dia turut mengakui kecederaan yang dialami Tee Kai Wun menjadi salah satu faktor kekalahan itu, namun proses pemulihan intensif perlu dilakukan agar tidak menjejaskan momentum gandingan itu.

"Semestinya akan menganggu permainan mereka, kerana mereka berada di kedudukan terbaik dunia jadi akan sentiasa ada kejohanan yang berintensiti tinggi.

"Sekiranya berlaku kecederaan pasti akan mengganggu persediaan mereka." tambahnya.

Kem negara akan meneruskan saingan Masters Korea 2024 bermula 4 hingga 9 November ini di Jeobuk dengan kejohanan berstatus Super 300.
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video