Stadium Astro logo
BADMINTON

Rexy bangga Koo Kien Keat kini bergelar jurulatih di luar negara

article-author-avatar
Muzaffar Musa 17/03/2025 | 11:19 MYT
Article ribbon Rexy bangga Koo Kien Keat kini bergelar jurulatih di luar negara
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, berasa bangga apabila bekas anak didiknya, Koo Kien Keat, diberi penghormatan sebagai jurulatih jemputan pasukan England dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham minggu lalu.
Rexy membimbing Kien Keat bersama Tan Boon Heong bergelar juara Seluruh England pada 2007 dan baginya, pelantikan bekas pemain nombor satu dunia itu membuktikan Malaysia mampu melahirkan jurulatih yang berkualiti.
"Kita perlu berbangga, bekas pemain kita kini menjadi jurulatih yang diminati banyak negara di luar sana," kata Rexy kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Ia menunjukkan bahawa Malaysia bukan hanya melahirkan pemain yang bagus, bahkan Malaysia juga melahirkan jurulatih yang bagus.
"Saya juga ada berbincang dengannya sama ada dia berminat untuk membantu Malaysia pada masa akan datang dan dia memberikan sesuatu yang positif," katanya.
#badminton #Koo Kien Keat #Rexy Mainaky #All England Live