Skip to main content

Badminton

Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton.jpg
Kecemerlangan beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi, dalam Masters China dibalas dengan peningkatan ranking yang ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).

Meskipun hadir di Shenzhen selaku gandingan bukan pilihan dalam kejohanan bertaraf super 750 itu, mereka membuktikan bahawa mereka mampu melakar kejutan dengan meraih gelaran naib juara berhadapan laluan berliku sebelum ke perlawanan akhir.

Walaupun baru sahaja bergandingan, mereka berjaya mengumpul 9,350 mata yang melonjak tinggi kedudukan daripada 23 ke ranking ke-18 dunia. 

 


Dalam masa sama, juara Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani peroleh satu anak tangga yang menyaksikan mereka naik ke tempat ketujuh dunia.

 

Sementara itu, kedudukan pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak berubah di mana masing-masing berada di tempat keenam dan kelima.

 

Lee Zii Jia pula yang terkandas ketika pusingan pembukaan Masters China terjatuh satu anak tangga di tempat kelapan.

   

Advertisement

Must Watch Video