Ranking Lee Zii Jia naik satu anak tangga
Afiq Azfar
Ogos 6, 2024 14:17 MYT
Ogos 6, 2024 14:17 MYT
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki ranking BWF bagi dirinya setelah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke 6 dunia.
Dalam kemaskini terbaharu BWF melalui laman X ShuttleHard, Lee Zii Jia mengatasi pemain perseorangan lelaki China, Li Shi Feng setelah mengambil kira mata tambahan selepas acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir semalam.
Lee Zii Jia kini berada di kedudukan ke 6 dunia dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 83716 mata.
Manakala bagi juara dunia Kunlavut Vitidsarn, beliau memperoleh lonjakan ranking paling tinggi sebanyak +4 anak tangga untuk berada di kedudukan ke 4 dunia setelah pencapaiannya meraih pingat perak Sukan Olimpik Paris.
Tempat pertama dan kedua kekal milik Shi Yu Qi dari China dan Viktor Axelsen dari Denmark.
? Ranking Dunia BWF ?️ Minggu 32 (06 Ogos 2024) ? Perseorangan Lelaki • 0️⃣6️⃣ Lee Zii Jia (+1) • 2️⃣2️⃣ Ng Tze Yong (-1) • 2️⃣7️⃣ Leong Jun Hao Kemaskini Ranking Dunia BWF oleh #shuttlehard pic.twitter.com/ETZ8XjwC5e
— ShuttleHard (@ShuttleHard) August 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.