BADMINTON
Purple League: Ampang Jaya atasi saingan sengit Puchong United untuk ke final
AMPANG JAYA BC 9 PUCHONG UNITED 5
Ampang Jaya BC bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Puchong United BC 9-5 dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Purple League di Arena of Stars, Genting Highlands sebentar tadi.
Puchong United, bagaimanapun, terlebih dahulu memperoleh tiga mata pertama apabila perseorangan lelaki dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, mencipta kejutan menumbangkan pemain nombor empat dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen, 11-7, 11-2, 11-7.
Perseorangan wanita, Goh Jin Wei, kemudian merapatkan jurang buat Ampang Jaya menerusi kemenangan 3-2 ke atas Soniia Cheah.
Ampang Jaya akhirnya memintas kedudukan dalam perlawanan ketiga, di mana beregu lelaki dari Indonesia, Reza Pahlevi Isfahani-Sabar Karyaman Gutama, mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Kemaraan Ampang Jaya kemudian disahkan dengan kemenangan 3-0 beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai. ke atas Tan Kian Meng-Goh Liu Ying.
Ampang Jaya seterusnya akan menghadapi Petaling BC bagi penentuan kejuaraan di veue sama esok.