Perumpamaan yang digambarkan oleh beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, selepas melakar pencapaian membanggakan selaku juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka India, minggu lalu.
Menuju Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028, gandingan ranking nombor dua dunia itu menyambut baik tawaran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan Kementerian Belian dan Sukan (KBS) untuk berada dalam Program Road to Gold (RTG) bagi menjelmakan emas pertama Malaysia.
Hannah akan bertemu mereka dalam masa terdekat bagi memastikan penyertaan dalam program itu.
“Kami akan berbincang dengan YB Hannah Yeoh, terima kasih kerana jemput kami ke RTG. - Goh Sze Fei
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 22, 2025
Laporan lanjut Nadi Arena, 7.30 malam@ASTROARENA pic.twitter.com/FJr0pgG25M
"Kredit harus diberikan kepada pasukan kami selepas memenangi Terbuka India. Kami belum mengetahui mekanisme program itu dan kami akan berbincang bersama Hannah selepas ini.
"Ini adalah satu program yang sangat membantu atlet," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.