Bekas perseorangan negara, Sairul Amar Ayob, percaya keputusan pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia, menolak tawaran Program Road to Gold (RTG) ke Los Angeles 2028 adalah satu keputusan yang tepat.
Jelasnya, Zii Jia pernah mengambil pendekatan sama menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, namun tetap berjaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat gangsa.
Zii Jia yang kini sedang memberi fokus kepada pemulihan selepas kecederaan menyasarkan untuk kembali ke gelanggang dalam masa terdekat menjelang Terbuka Jepun pada bulan depan disusuli Kejohanan Dunia di Perancis, Ogos depan.
Sairul menegaskan sebagai pemain profesional, Zii Jia mempunyai hak sepenuhnya menentukan hala tuju kerjayanya dan keputusan ini mencerminkan kematangan serta perancangan jangka panjang, di samping mengelak tekanan yang berlebihan.
"Saya yakin dia ada sebab tersendiri dan yakin pasukannya akan menyediakan persiapan terbaik untuknya ke LA.
"Dia sudah pasti sudah menyusun perancangan selain program pemulihan kecederaannya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.