Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sarankan agar atlit yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) menerima tawaran tersebut.
Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa RTG nyatakan tawaran yang diberikan tidak sepatutnya ditolak, memandangkan ia bakal memberi manfaat besar kepada atlit yang terlibat terutamanya yang bergerak secara profesional.
"Untuk saya sebagai bekas atlit sudah tentu gembira kalau kita dapat peluang macam ini daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sebab ia bukan sahaja tambah wang tetapi juga perkhidmatan sokongan".
"Jadi saya harap untuk kali ini, semua atlit akan tandatangan untuk RTG, sebab sebelum ini ada satu atlit yang tidak tandatangan untuk masuk program RTG".
Terdahulu Jawatankuasa RTG mengumumkan pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii jia, juara Kejohanan Badminton Asia bagi acara beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama-sama 10 lagi pemain badminton tersenarai dalam program RTG kali ini.
Dalam pada itu beliau menafikan dakwaan penyertaan atlit di dalam program tersebut digunakan sebagai bahan promosi, sebaliknya tujuan RTG adalah untuk membantu meningkatkan lagi prestasi atlit sebagai persiapan LA 2028.
"RTG tidak ambil kesempatan untuk angkat atlit punya gambar ke, angkat dia punya penaja. RTG ini adalah untuk kita bagi khidmat apa yang mereka perlu untuk persiapan LA2028".
"Bagi saya kalau atlit tandatangan untuk masuk program ini mereka tidak akan rugi," katanya.