Finalis tiga edisi Piala Thomas, Ong Ewe Hock, berpendapat masih ada pemain yang ditawarkan menyertai Program Road to Gold (RTG) belum mengesahkan status kerana yakin mereka sedang berunding mengenai soal hak dan hala tuju bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Setakat ini hanya 12 sahaja atlet yang sudah bersetuju, namun beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dan beregu campuran nombor enam dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai, belum lagi memuktamadkan tawaran itu.
"Program RTG merupakan projek jangka masa panjang. Setiap tahun perlu ada penambahbaikan.
"Terpulang kepada pemain sendiri untuk mengambil bahagian. Saya nampak ini satu program yang bagus sebab ia juga melibatkan perancangan panjang," kata pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 itu.
Bagaimanapun, bagi pemain yang telah mengesahkan penyertaan, mereka kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada program intensif dan sasaran mendatang selain mengambil kira situasi pemilihan kejohanan bagi mengelakkan siri kecederaan yang panjang yang boleh merencatkan peluang Malaysia meraih emas pertama menerusi temasya LA 2028.
"Pemain perlu fokus kepada pemburuan pingat emas Olimpik dan satu lagi aspek penting adalah kecederaan.
"Pemain perlu mengharungi kejohanan selama empat minggu berturut-turut jadi pemain perlu ada strategi tersendiri (untuk mengimbanginya)," katanya lagi.