Penolong jurulatih badminton profesional negara, Ameer Zainuddin, menyerahkan kepada jurulatih profesional negara, Teo Kok Siang, untuk mendedahkan status rasmi Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sama ada menerima tawaran Program Road to Gold (RTG) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau tidak.
Dia menjelaskan masih belum mempunyai keputusan terperinci tentang perkara tersebut dan meminta ruang agar keputusan tepat bakal dibuat Kok Siang tentang kata putus tersebut.
"Saya serahkan kepada Kok Siang untuk membuat keputusan," jawapan ringkas Ameer.
Mengulas secara keseluruhan persembahan pemain, dia tidak menolak sekiranya kem profesional negara perlu mengikuti konsep 'no lifting' yang diterapkan kem beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Setakat ini, biarpun prestasi Sze Fei-Izzuddin serta Soon Huat-Shevon masih belum menampakkan konsistensi pada setiap perlawanan, namun dia optimis pasangan tersebut semakin matang dan akan kembali pada tahap sebenar dalam Terbuka Jepun dan Terbuka China Julai ini.
"Memang tidak dinafikan permainan 'no lifting' dan ilmu itu ada pada jurulatih dalam BAM. Ia akan memberikan persaingan yang sihat dan meningkatkan kualiti badminton Malaysia."