Meraih pingat emas Sukan Olimpik, muncul juara dunia serta menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas menjadi misi peribadi Cheah Soon Kit susulan dilantik sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara.
"Sasaran utama saya adalah untuk anak buah saya muncul juara dunia, juara Piala Thomas dan meraih pingat emas di pentas Olimpik.
"Bagi saya, itulah yang paling penting," ujar Soon Kit.
Skuad beregu lelaki akan melalui proses penstrukturan lebih awal bermula minggu hadapan.
Soon Kit -- yang sebelum ini melatih beregu muda -- akan dibantu jurulath skuad senior, Jeremy Gan dan Rosman Razak.
Bagaimanapun, masih terlalu awal buat Soon Kit berkongsi tugasan di antara dia dan barisan kejurulatihan negara.
Di samping misi jangka masa panjang, Soon Kit turut mahu membentuk dua beregu setaraf Goh V Shem dan Tan Wee Kiong bagi mencapai sasaran muncul juara Piala Thomas 2018.
"Saya akan cuba mengurus semua pemain dan cuba mencari jalan terbaik bagi membentuk mereka. Jadi, kami perlukan perancangan yang baik.
"Buat masa ini, kita semua tahu bahawa V Shem dan Wee Kiong telah pun mencapai tahap tertinggi, jadi saya perlu membentuk satu lagi gandingan bertaraf dunia," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, difahamkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan untuk menggugurkan V Shem dan Wee Kiong daripada menyertai Siri Super Premier Terbuka Indonesia.
Bagaimanapun, keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga ekoran kedua-dua pemain mengalami kecederaan lutut.
BAM mahu memastikan jaguh no.1 beregu lelaki negara ini akan kembali cergas sepenuhnya menjelang Siri Super Terbuka Australia dan Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.