Skip to main content

Badminton

Pilihan pemain yang tepat untuk gegar BATC?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

genericbadmiton.jpg
Menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, ramai tertanya-tanya apakah wujud risiko apabila meletakkan kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman?

Kalau berbicara soal risiko, dalam apa-apa situasi pasti punyai risiko. Namun, jurulatih tentunya mempunyai alasan mengapa menurunkan barisan sedemikian bagi menghadapi BATC kali ini.

Dalam kategori perseorangan lelaki, dua nama besar yang mengetuai cabaran adalah Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong manakala Leong Jun Hao dan Eogene Ewe pula berada dalam senarai bersedia perseorangan lelaki.

Bagi beregu lelaki pula, sandaran tentunya diletakkan kepada juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengetuai cabaran negara diikuti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Kategori Wanita pula, sandaran terarah kepada Goh Jin Wei bagi mengetuai cabaran diikuti tiga pemain  bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), iaitu Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Nurshuhaini Azman.

Bagi beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan masih lagi merupakan sandaran utama buat kem wanita sementara hanya Teoh Mei Xing berusia 26 tahun untuk digandingkan dengan mana-mana pemain muda, Go Pei Kee, Low Yeen Yuan atau Tan Zhing Yi.

Suka atau pun tidak, ini adalah barisan terbaik hasil penelitian jurulatih.

Kritikan mahupun sokongan wajar diberikan hanya setelah selesai kejohanan kali ini.
 

Advertisement

Must Watch Video