Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Pornpawee hantar Malaysia pulang awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

king-ling.jpg
Pemain perseorangan wanita kedua negara, Wong Ling Ching, tidak berjaya mencuri mata penting selepas tewas kepada wakil Thailand, Pornpawee Chochuwong, 21-11, 21-14 di Pusat Sukan Hi-Tech Zone, sebentar tadi.

Kekalahan itu sekaligus menutup peluang untuk menyaksikan skuad wanita negara melangkah ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Uber selepas tewas 3-0.


 

Pemain beregu Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi dan wakil perseorangan Siti Nurshuhaini bakal turun melengkapkan baki dua perlawanan dalam saingan Piala Uber sebentar lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video