Hasrat untuk menyaksikan skuad badminton wanita negara memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Uber 2020 tidak kesampaian selepas tewas 1-4 kepada tuan rumah, Denmark dalam perlawanan Kumpulan D sebentar tadi.
Malaysia mempertaruhkan S. Kisona selaku perseorangan pertama dalam pertemuan di Ceres Arena, Aarhus itu tetapi pemain di ranking ke-53 dunia berkenaan tidak berdaya memberikan saingan buat Mia Blichfeldt (ranking ke-12 dunia) sebelum akur dengan kekalahan 11-21, 7-21 dalam masa hanya 34 minit.
Skuad negara kemudian menurunkan beregu eksperimen yang dibarisi Lee Meng Yean-M. Thinaah dengan harapan dapat mempamerkan keserasian segera dan ia hampir dilakukan gandingan negara itu sebelum tewas tipis 19-21 kepada Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dalam set pertama.
Meng Yean-Thinaah, bangkit untuk menguasai set kedua sebelum memenanginya 21-10 tetapi siri kesilapan sendiri yang dilakukan mereka dalam set penentuan menyaksikan Malaysia terlepas mata pertama susulan kekalahan 21-13.
Siapa sangka mata tunggal skuad negara akan disumbangkan pemain berusia 21 tahun, Eoon Qi Xuan, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan, Line Christophersen.
Pemain di ranking ke-123 dunia itu menundukkan lawan di kedudukan 100 anak tangga lebih baik daripada dirinya menerusi keputusan 18-21, 21-18, 21-15 dalam masa sejam dan dua minit.
Bagaimanapun, kebangkitan yang dirancang Malaysia terbantut selepas beregu kedua, Teoh Mei Xing-Yap Ling, tewas mudah kepada Amelie Magelund-Freja Ravn 21-13, 21-19 dalam masa hanya 41 minit.
Perseorangan terakhir K. Letshana, juga tidak berdaya menewaskan Line Hojmark Kjaersfeldt untuk akur dengan kekalahan 18-21, 14-21.
Seterusnya, Malaysia akan berdepan pasukan gergasi, China -- yang merekodkan kemenangan bersih 5-0 ke atas Denmark dalam satu lagi perlawanan -- malam esok.

Eoon Qi Xuan menghadiahkan mata pertama untuk Malaysia!#UberCup2020 #sokongmalaysia pic.twitter.com/oicilQRSQa
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 9, 2021