Berekad menjadi pemain lebih berkualiti, Goh Jin Wei kini dalam misi menurunkan berat badan, malah semakin membara untuk mendukung aspirasi skuad Piala Uber Malaysia di Bangkok, Thailand, dari 20 Mei ini.
Sekilas pandang, ada sesuatu yang berbeza dengan fizikal Jin Wei berbanding ketika zaman dia menakluk pentas remaja.
Fizikal yang lebih cergas menjadi agenda Jin Wei yang turut berusaha meningkatkan berat otot dan mengurangkan peratusan lemak.
Biarpun bersahaja dalam tidak mendedahkan berat kemuncak terdahulu, dia menegaskan perancangannya dalam memburu berat badan ideal kini di landasan tepat.
"Saya sedar diri. Mungkin pendekatan ini akan membantu saya di dalam gelanggang.
"Sekarang masih belum cukup lagi, kalau dapat turunkan 3kg lagi, mungkin saya akan lebih cergas.
"Boleh nampak perbezaannya ketika ini, saya kini lebih tangkas dan dapat bertahan lebih lama," katanya.
Jin Wei juga semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Bangkok bagi menghadapi kempen Piala Uber.
Berdasarkan kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 3 Mei lalu , Jin Wei akan turun sebagai perseorangan kedua negara.
Skuad negara berdepan tugas mencabar jika mengambil kira lawan di peringkat kumpulan berikutan China dan Indonesia memiliki wakil yang lebih berkualiti.
"Sukar untuk menyatakan peluang ketika ini. Pemain China dan Indonesia sangat fleksibel.
"Yang penting, saya perlu membuat persiapan yang mencukupi," tambahnya.