Selepas Lee Zii Jia memberikan mata pertama, giliran beregu nombor satu negara pula turun ke gelanggang.
Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi menjadi halangan, namun beregu yang berada di ranking ke-170 dunia itu ternyata bukanlah tentangan kepada Aaron-Wooi Yik.
Kemenangan 21-16, 21-12 dalam tempoh 26 minit cukup memastikan Malaysia berjaya mendahului saingan dengan kelebihan 2-0 ke atas Hong Kong.
?Piala Thomas
— Syifa Nasir (@syfansr) April 27, 2024
??2 - 0 ??
Aaron & Wook Yik gunakan peluang sebaiknya mencuri mata dalam perseteruan beregu lelaki.
Malaysia mendahului! @ASTROARENA pic.twitter.com/lHenndu6he