Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei tunjuk Jepun jalan keluar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh.jpg
Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, perlu mengambil masa yang lama sebelum menoktahkan kemenangan Malaysia dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 6 minit itu, menyaksikan beregu negara terpaksa bermain dalam tiga set apabila beregu dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito berjaya bangkit dalam set kedua. 
 
Kemenangan 21-18, 15-21, 21-12  dalam tempoh yang mendebarkan itu, cukup memastikan Malaysia berjaya ke separuh akhir Piala Thomas pada esok kerana perlawanan di antara China atau India sedang berlangsung.
 

Advertisement

Must Watch Video