Piala Thomas: Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei tunjuk Jepun jalan keluar
Najmi Iman
Mei 2, 2024 21:02 MYT
Mei 2, 2024 21:02 MYT
Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, perlu mengambil masa yang lama sebelum menoktahkan kemenangan Malaysia dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 6 minit itu, menyaksikan beregu negara terpaksa bermain dalam tiga set apabila beregu dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito berjaya bangkit dalam set kedua.
RESULTS: #ThomasCup2024 | QF ?? 3-1 ?? Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani def. Akira Koga-Taichi Saito 18-21 21-15 21-12#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/iNqvm0k71o
— BAM (@BA_Malaysia) May 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan 21-18, 15-21, 21-12 dalam tempoh yang mendebarkan itu, cukup memastikan Malaysia berjaya ke separuh akhir Piala Thomas pada esok kerana perlawanan di antara China atau India sedang berlangsung.