Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, akur dengan kebergantungan Malaysia kepada tonggak utama di kempen Piala Thomas 2024, yang menyaksikan perjuangan skuad negara terhenti di pentas separuh akhir.
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi perseorangan negara, Lee Zii Jia, pasangan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei di mana ia mustahil untuk diterjemahkan dalam setiap perlawanan.
"Saya turut mengakui bahawa kami sedikit kecewa namun kami harus sedar sasaran mengenai perseorangan pertama iaitu Lee Zii Jia, dan dua pasangan berege negara perlu menterjemahkan kemenangan tetapi kita tidak boleh berharap perkara itu sentiasa berlaku," katanya.
Dalam masa sama, Norza mengakui malaysia perlu segera mengenal pasti langkah proaktif dalam usaha menghasilkan pemain wanita berbakat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Najmi Iman
Mon May 06 2024