Skip to main content

Badminton

Piala Thomas 2018: Soon Kit ambil keputusan berani

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-dan-soh-wooi-yik.jpg
Pemilihan skuad beregu lelaki ke Piala Thomas 2018 menampilkan beberapa kejutan dan ia bukan keputusan mudah buat ketua jurulatih, Cheah Soon Kit, dalam memastikan mereka adalah yang terbaik untuk menggalas cabaran Malaysia.

Kejutan pertama hadir menerusi penyenaraian beregu meningkat naik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Pencapaian mereka mara ke final Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia bulan lalu memadai untuk memikat hati Soon Kit dan barisan kejurulatihan negara.

"Sudah tentu ini satu kegusaran. 

"Bagaimanapun, kami masih ada dua minggu lagi untuk membuat persiapan dan sedang berusaha memperbaikinya. 

"Bukan mereka sahaja, malah keseluruhan pasukan perlu bijak menyerap tekanan," kata Soon Kit. 

Kejutan kedua pula menerusi tindakan memisahkan sementara gandingan kedua terbaik negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin, dengan hanya Ee Yi diserapkan dalam skuad.

Sementara itu, kekosongan terakhir diberikan kepada Arif Latif yang baru sahaja kembali berkelana di bawah program kebangsaan.

"Bukan mudah untuk mengambil keputusan ini, kami membuat keputusan ini semasak-masaknya. 

"Kami telah membincangkan pro dan kontra mengenai langkah ini, termasuk daripada segi komitmen dan pencapaian. 

"Selepas membincangkan perkara ini pada Mac lalu, barulah kami mengambil langkah ini," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video