Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Usah ulangi episod hitam 2013 -- Frost

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iskandar-170517.jpg
Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sudah tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas kompetitif selepas berehat panjang daripada kecederaan belakang menjelang Piala Sudirman yang akan membuka tirai di Gold Coast, Australia, Ahad ini.

Penyenaraian Iskandar dalam skuad negara ke Gold Coast itu memadamkan pelbagai spekulasi terhadap dirinya yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Dia mengakui sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu dan dia begitu bersemangat untuk kembali membantu membawa cabaran negara dalam Piala Sudirman selepas tersisih sejak awal Januari lalu.

"Setakat ini sejak kehadiran (Lee) Chong Wei, kita tidak pernah kalah dalam acara perseorangan.

"Andai beberapa tahun lagi Chong Wei tidak lagi bersama pasukan, sudah tentu kami agak tertekan kerana dia merupakan penyumbang mata.

"Oleh itu, kita perlu berusaha lebih kuat lagi," katanya.

Iskandar juga berharap dapat menjadi penyumbang mata berharga selain sandaran utama kepada Chong Wei.

Menurut Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, meskipun aksi pertama menentang Jerman adalah pertemuan wajib menang bagi mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya, dia mengingatkan pemain-pemain agar berwaspada dengan insiden 2013.

Ketika itu, Malaysia tumpas 3-2 kepada Jerman dalam aksi kumpulan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Kami perlu menang dan akan menang," hujahnya.

"Sudah tentu, kami tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan mereka.

"Mereka lebih bagus daripada yang disangkakan.

"Kami pernah kalah kepada mereka, jadi kami tidak boleh bersikap sambil lewa," ujarnya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia sebelum berangkat ke Gold Coast, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video