Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Senarai pemain tersebar adalah tidak rasmi - Nova Widianto

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nova.jpg
Senarai pemain negara ke saingan Piala Sudirman masih lagi belum dimuktamadkan sepenuhnya setakat ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto yang menegaskan bahawa perbincangan bakal diadakan sebelum membuat keputusan untuk menyenaraikan pemain yang akan menggalas tugas kali ini.

"Senarai akhir belum dimuktamadkan. Ketika ini, hanya ada senarai panjang membabitkan tiga pasangan beregu campuran.

"Senarai yang tersebar baru-baru ini bukan rasmi. Jika ia belum diumumkan oleh BAM, ia hanya sekadar andaian. Hanya selepas BAM membuat pengumuman barulah ia sah," Jelasnya.

Jelasnya lagi tiga gandingan yang berada dalam senarai panjang ialah Goh Soon Huat-Shevon Lai, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

BAM dijangka mengumumkan skuad akhir ke kejohanan berprestij itu pada hari terakhir penghantaran senarai muktamad, iaitu 14 April ini.

Piala Sudirman akan berlangsung di Xiamen, China dari 27 April hingga 4 Mei ini.


 

Advertisement

Must Watch Video