Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Malaysia vs Jepun – tiga beregu jadi penentu Juara Kumpulan C!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

1.png
Selepas dua kemenangan meyakinkan 5-0 ke atas Australia dan Perancis, Jepun kini menjadi pencabar utama Malaysia dalam perebutan juara Kumpulan C di Piala Sudirman 2025.

Seperti Malaysia, Jepun juga menurunkan dua set barisan berbeza sepanjang peringkat kumpulan.
Menariknya, mereka hanya terlepas satu set sahaja – ketika Koki Watanabe bertarung sengit menentang Enogat Roy dari Perancis.

Menjelang aksi penentuan kumpulan esok, Jepun dijangka menurunkan barisan terkuat mereka.
Perseorangan lelaki akan diketuai Kodai Naraoka, sementara gandingan beregu lelaki Takuro Hoki/Yugo Kobayashi menjadi taruhan.

Juara dunia Akane Yamaguchi pula bakal mengetuai perseorangan wanita, manakala beregu wanita akan disandarkan kepada Chiharu Shida/Nami Matsuyama.

Dalam acara beregu campuran, pasangan mantap Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito dijangka diturunkan.
Bagi Malaysia, harapan untuk mencipta kejutan terletak kepada kekuatan dalam acara beregu.

Jepun mempunyai kelebihan dalam acara perseorangan, terutamanya wanita, walaupun pemain muda seperti Tomoka Miyazaki diturunkan.

Maka, strategi Malaysia perlu menumpukan kepada memastikan kemenangan dalam ketiga-tiga acara beregu untuk mengintai peluang muncul juara kumpulan.

Adakah Malaysia mampu mencipta kejutan? Nantikan debaran pagi esok di Xiamen! Siaran langsung kha kami bawakn di saluran 802, 9.30 pagi!
 

Advertisement

Must Watch Video