Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman: Letshanaa semakin yakin, sedia berjuang demi Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

letshaana.jpg
Kali kedua beraksi di Piala Sudirman, pemain muda negara, Letshanaa Karupathevan, tampil dengan semangat dan keyakinan yang jauh lebih tinggi.

Pemain ranking ke-52 dunia ini tidak sabar mahu turun ke gelanggang di Xiamen, China bermula 27 April nanti.

Menurut Letshanaa, pengalaman bermain pada edisi 2023 di Suzhou membuka matanya. Masa itu, dia bukan sahaja mendapat pujian dan nasihat daripada bintang Korea Selatan, An Se Young, tapi juga sokongan padu daripada rakan sepasukan. Semua itu menjadi pembakar semangat buat dia.

“Kali ni rasa lebih yakin. Saya dah lama bersama pasukan, dan suasana yang mesra ni banyak bantu saya,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia pada Selasa.

Kalau diberi peluang turun beraksi, Letshanaa berjanji akan berikan segalanya. “Yang penting, kekal positif dan jangan takut. Saya nak main untuk Malaysia, untuk pasukan,” ujarnya penuh semangat.

Selain Letshanaa, Goh Jin Wei juga tersenarai dalam kategori perseorangan wanita. Pada edisi lepas, Letshanaa pernah menewaskan pemain Australia sebelum kalah kepada An Se Young di separuh akhir.

Malaysia akan mulakan kempen menentang Perancis (28 April), kemudian Australia (29 April), dan akhirnya Jepun (1 Mei). Dua pasukan teratas akan mara ke suku akhir. Ayuh Malaysia!

Advertisement

Must Watch Video