Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, menegaskan kem negara perlu berwaspada terhadap ancaman Perancis ketika membuka kempen Piala Sudirman, Isnin depan.
Dia menganggap andai kem negara mahu perhitungan mudah, Malaysia wajib menang ke atas Perancis untuk meluaskan peluang lolos peringkat kumpulan.
Meskipun kedengaran Perancis tidak menurunkan barisan terbaik mereka yang diketuai, Alex Lanier, di bahagian perseorangan, namun masih mampu mempertaruhkan kehandalan Christo Popov-Toma Junior Popov dalam sektor beregu lelaki.
Malah, muslihat pasukan dari pasukan Eropah ini sukar dibaca kerana kerap menganalisa gaya permainan Asia.
Jika dilihat peluang di atas kertas, nama Leong Jun Hao dan Justin Hoh merupakan antara pilihan terbaik negara mengikut ranking selepas ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong gara-gara kecederaan.
Namun, Roslin menjelaskan sejauh mana keupayaan mereka untuk menyumbang mata tertakluk kepada kemahuan pemain itu sendiri.
"Leong Jun Hao lebih berpengalaman bermain di peringkat tinggi tetapi harus diingat, rekod Jun Hao dalam acara berpasukan agak baik berbanding Justin Hoh yang masih belum banyak bermain dalam acara berpasukan.
"Kalau Perancis turunkan barisan kedua, peluang untuk Malaysia (meraih) kemenangan lebih beaar.
"Tetapi Malaysia harus tetap berhati-hati," katanya.