Petronas Terbuka Malaysia: Siapa pun beregu nombor satu negara, tetap bawa nama Malaysia -- Aaron Chia
Saufi Tahir
Januari 6, 2025 11:48 MYT
Januari 6, 2025 11:48 MYT
Beregu lelaki negara, Aaron Chia, mengambil positif perkembangan semasa prestasi beregu lelaki negara yang semakin meningkat naik daripada masa ke semasa menjelang Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang akan membuka tirai esok.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menjelaskan dia bersama pasangan beregunya Soh Wooi Yik yang berada di ranking keenam dunia itu berada kini keadaan baik dan bersedia sepenuhnya walaupun terpalit masalah kecederaan.
Untuk rekod, kali terakhir wakil beregu lelaki negara muncul juara kejohanan berstatus Super 1000 itu adalah ketika gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah menewaskan lawan dari China Chai Biao-Hong Wei pada 2014.
? Gearing up for the big stage! Our Malaysian shuttlers are hard at work during the training session ahead of the #PETRONASMalaysiaOpen2025 opener? Don’t miss the action live at Axiata Arena! ?️ Secure your tickets now https://t.co/DlB3YLCi4u Let’s cheer them on as they… pic.twitter.com/l1aiNIKCtz
— BAM (@BA_Malaysia) January 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa kami sudah membuat persiapan dengan baik walaupun ada kecederaan. Saya rasa ia sangat bagus buat perkembangan beregu lelaki negara, siapa pun beregu nombor satu negara, mereka tetap bawa nama Malaysia. Mereka cukup bagus beraksi dalam kejohanan sebelum ini juga.
"Everyone is rising up" Aaron Chia anggap peningkatan Goh Sze Fei-Izzuddin suatu persaingan yang sihat untuk badminton kebangsaan. Laporan penuh Nadi Arena@ASTROARENA pic.twitter.com/3aoFLYUXKN
— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 6, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya percaya dalam enam tahun ini semua wakil negara mahu cipta nama ketika beraksi di laman sendiri, ada teruja dan tekanan juga. Semua pemain akan lakukan yang terbaik. Semua pemain berjuang untuk perjalanan karier mereka sendiri." katanya hari ini.