BADMINTON

Petronas Terbuka Malaysia: Perseorangan utama Indonesia tumbang di tangan pemain Perancis

Muzaffar Musa 08/01/2025 | 05:55 MYT
Kejutan demi kejutan berlaku dalam Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia dengan yang terbaru, perseorangan lelaki utama Indonesia, Jonatan Christie, tumbang di tangan pemain bukan pilihan dari Perancis, Toma Junior Popov, di Arena Axiata hari ini.
Turun sebagai pilihan ketiga, Jonatan seakan-akan mati langkah ketika tewas mudah 8-21 dalam set pembukaan.
Bagaimanapun, juara Kejohanan Seluruh England itu bangkit memenangi set kedua 21-14 untuk menghidupkan peluang ke pusingan kedua.
Aksi dalam set penentuan berlangsung sengit tetapi Popov memiliki lebih ketenangan untuk meraih dua mata terakhir bagi menoktahkan kemenangan 26-24 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan 21 minit.
Popov seterusnya akan bertemu wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long, bagi penentuan ke suku akhir esok.
"Badminton","Terbuka Malaysia","Jonatan Christie","Toma Junior Popov"
;