Petronas Terbuka Malaysia: Laluan sukar tapi peluang Leong Jun Hao bukti kemampuan -- Jonassen

Husna Zainudin
Januari 5, 2025 14:49 MYT
Aksi pembukaan Petronas Terbuka Malaysia 2025 bakal menyaksikan wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, akan membuat pertembungan bersama seteru dari China, Lu Guang Zu.
Meskipun lawannya memiliki kelebihan dari segi pengalaman dan kedudukan ranking, ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya kekal optimis mengorak langkah demi langkah bagi menempah slot ke pentas final.
Ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, mengakui bahawa undian kali ini agak mencabar tetapi dia percaya ini adalah peluang yang baik untuk Jun Hao menunjukkan potensi sebenar.
“Ya, saya rasa undian ini memang sukar dan dalam mana-mana kejohanan World Tour 1000, tiada undian yang mudah.
"Tetapi, secara peribadi, saya melihat ini sebagai permulaan mencabar untuk perjalanan buat Jun Hao dalam kejohanan ini,” katanya.

"Saya akan berada di kerusi kedua bersama K. Yogendran untuk membimbing Leong Jun Hao di Malaysia Open. Bersama-sama, kami akan memastikan dia memberi aksi terbaik di hadapan penyokong tanah air. - Ayuh berjuang, Jun Hao! ??? #MalaysiaOpen2025 #Badminton @ASTROARENA pic.twitter.com/6H4o188RT9

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, dia akan mengambil pendekatan untuk membimbing dari belakang dengan memberi ruang kepada jurulatih utama, K. Yogendran, bagi mengendalikan strategi perlawanan.
Laporan lanjut akan menyusul dalam Nadi Weekend, 7.30 malam.
#badminton #Leong Jun Hao #PMO2025
;