Meskipun pasangan Korea itu dikenali dengan teknik permainan dinamik dan strategi yang sukar diramal, namun gandingan negara lebih memilih untuk tidak mahu terlalu awal memberi tekanan kepada diri sendiri.
Tambah Arif, kelemahan terutamanya dari aspek konsistensi ketika beraksi dalam perlawanan menjadi fokus utama gandingan ini untuk diperbaiki.
? Gearing up for the big stage!
— BAM (@BA_Malaysia) January 5, 2025
Our Malaysian shuttlers are hard at work during the training session ahead of the #PETRONASMalaysiaOpen2025 opener?
Don’t miss the action live at Axiata Arena! ?️ Secure your tickets now https://t.co/DlB3YLCi4u
Let’s cheer them on as they… pic.twitter.com/l1aiNIKCtz
“Banyak lagi yang kurang terutamanya dari segi konsisten dan kami perlu belajar untuk lebih tenang ketika mula ketinggalan mata di belakang,” katanya.
Walaupun sedar akan jurang pengalaman dan kedudukan ranking, Roy King tetap meluahkan keyakinannya terhadap formasi corak permainan bersama pasangannya.
“Saya sentiasa yakin dengan pasangan saya jadi setiap kali kami masuk ke gelanggang, kami akan sentiasa mencuba untuk mempamerkan aksi yang terbaik", ujar Roy King pula.
Bagaimanapun, pertemuan ini dijangka akan menjamin satu laluan yang sukar memandangkan rekod kelebihan kini lebih memihak kepada pasangan Korea yang lebih cemerlang di pentas antarabangsa.