Skip to main content

Badminton

Peter-Gade Christensen tidak akan bagi muka terhadap Viktor Axelsen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter-gade-axelsen.jpg
Bekas pemain Denmark, Peter-Gade Christensen, yang merupakan salah seorang jurulatih Viktor Axelsen, bertekad tidak akan mengambil mudah latihan yang bakal diterapkannya biarpun telah memenangi setiap gelaran utama dunia. 

Juara Sukan Olimpik dua kali itu mengikat Christensen pada November tahun lalu bagi membantu kariernya, di samping masih berlatih di bawah bapa mertuanya, Henrik P.K. Rohde.

Ketika Jelajah Dunia Vision The Legends China hujung minggu lalu, Christensen ditanya perkembangannya melatih Axelsen yang dalam pemulihan selepas menjalani pembedahan belakang pada Mac lalu. 

"Ia adalah satu bentuk penghormatan dan keistimewaan sekiranya saya mampu menambah sesuatu kepada corak permainan Viktor di peringkat terakhir kariernya. Dia sudah memenangi segala-galanya, jadi ia bukan satu tugas yang mudah.









“Jika dia tidak mendengar kata, kami mempunyai perjanjian bahawa saya boleh bersikap keras terhadapnya dan saya pasti dia akan berikan perhatian,” kata jurulatih itu. 

Walaupun dia berseloroh, Axelsen terkenal sebagai seorang yang perfeksionis dan sentiasa mencari jalan untuk memperkemaskan permainannya dalam landskap perseorangan lelaki yang kompetitif.

Selain dua kali bergelar Olimpian, pemain berusia 31 tahun itu turut memenangi dua gelaran Kejohanan Dunia dan trofi Piala Thomas.

Axelsen ketika pada awal kemunculannya juga pernah membantu Christensen yang berada di penghujung kariernya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video