Skip to main content

Badminton

Perseorangan China umum bersara selepas menang perak Paris 2024

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

he-bing-jiao.jpg
Perseorangan wanita China, He Bing Jiao, mengumumkan persaraannya semalam selepas memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain itu mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa tetapi akan kekal bermain di peringkat domestik.

Pemain kidal berusia 27 tahun itu tewas kepada jaguh Korea Selatan, An Se Young, dalam aksi final Paris 2024 tetapi pingat perak itu merupakan pencapaian terbesarnya dalam kejohanan utama.

Dalam temasya itu juga, Bing Jiao mencuri hati ramai apabila dilihat memaparkan pin Sepanyol sewaktu di podium sebagai penghormatan buat Carolina Marin, yang terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan ketika mereka bertemu di peringkat separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video