Stadium Astro logo
BADMINTON

Persahabatan semakin retak? Ee Wei padam gambar Tang Jie di Instagram

article-author-avatar
Najmi Iman 30/03/2025 | 04:13 MYT
Article ribbon Persahabatan semakin retak? Ee Wei padam gambar Tang Jie di Instagram
Apakah sebenarnya yang terjadi?
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sah berpisah selepas menerima laporan akhir dan cadangan daripada jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.
Ini bermakna, tiada kelibat pasangan ranking keempat dunia itu menjelang kejohanan akan datang.
Badminton Seluruh England menjadi destinasi terakhir gabungan dua pemain tersebut meskipun mengharungi pelbagai suka duka bersama selain pernah mencapai pelbagai kejayaan sebelum ini.
Namun, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa mereka dipisahkan.
Tiada persefahaman atau sebaliknya? Tang Jie mahupun Toh Ee Wei tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Tiada lagi julukan bersama 'The Little Gangsters' apabila difahamkan persahabatan mereka semakin meruncing dan turut mengalami permasalahan di luar gelanggang selepas keputusan drastik tersebut dibuat.
Toh Ee Wei memadam gambar Tang Jie di Instagramnya menandakan hubungan dua hala itu semakin jelas dan merisaukan peminat tempatan.
Status bertukar masalah peribadi?
#badminton #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei