BADMINTON
Perpisahan Tang Jie-Yen Wei antara pelan kelayakan Sukan Olimpik Paris
Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei, untuk terus bergandingan tidak kesampaian apabila gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022 di Tokyo, dua minggu lalu.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, menjelaskan akan tampil dengan perancangan baru buat pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2022 itu.
Tang Jie-Yen Wei mula bergandingan sejak 2018 sebelum dipisahkan selepas menamatkan penantian 23 tahun Malaysia dalam pemburuan emas acara beregu campuran dalam temasya itu, Mei lalu.
Iklan
Ia susulan pengarah kejurulatihan itu ingin merombak sektor beregu campuran bagi mempersiapkan kem negara menjelang kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang dikenali sebagai 'Race to Paris', bermula 1 Mei tahun depan.
Sebelum kembali bersatu di atas gelanggang dalam Kejohanan Dunia Ogos lalu, Tang Jie digandingkan bersama Valeree Siow sementara Yen Wei pula bersama Choong Hon Jian.
Tang Jie-Yen Wei berpeluang untuk bergandingan semula dalam Kejohanan Badminton Dunia dan Terbuka Jepun, bulan lalu, bagi membuktikan kemampuan mereka tetapi ia tidak menjadi.
"Kami harus realistik bahawa pemain wanita Malaysia tidak banyak (pilihan).
"Setakat ini dia akan fokus bergandingan dengan Valeree tetapi belum ada keputusan muktamad dengan siapa dia akan berpasangan termasuk kembali bersama Yen Wei.
"Apa pun mereka tidak menepati sasaran dalam Kejohanan Dunia.
"Tahun depan kelayakan Sukan Olimpik akan bermula, kami tidak mahu terlalu lama untuk membuat keputusan yang boleh menjejaskan kutipan mata.
"Masih terlalu awal untuk mendedahkan mengapa Tang Jie tidak dihantar ke Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.
"Kami mendaftarkan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dalam acara beregu campuran," kata Rexy.
Must-Watch Video