Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria menjelaskan beliau sering berjumpa dengan Presiden baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Zafrul Aziz bagi membincangkan hala tuju sukan badminton kebangsaan dengan lebih jelas.Pertukaran tampuk penyerahan kuasa tersebut akan dijelaskan lebih lanjut setelah berakhirnya Terbuka Malaysia pada Januari 2024.“Saya selalu jumpa Tengku Zafrul, jadi itu bukan isu. Isu dia, saya fikir fokus kita buat masa ini, Terbuka Malaysia".

“Kami akan buat satu mesyuarat majlis, hanya mesyuarat majlis biasa dalam bulan Disember dan Januari selepas Terbuka Malaysia, kami akan melakukan satu mesyuarat majlis untuk laksanakan peralihan kuasa,” ujar Norza.

“Sekali lagi, itu bukan satu isu besar kerana, saya rasa pihak BAM buat masa ini tengah uruskan, bila tiba masanya kita akan umumkan, kita laksanakan,” katanya menerusi wartawan Nadi Arena, Faizal Bazari.Terdahulu beliau ditemui ketika merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Astro Kasih dengan BAM bagi merealisasikan Astro Kem Badminton.Program tersebut diteruskan kerana menyedari peluang perlu diberi kepada golongan kanak-kanak untuk membuktikan kemampuan masing-masing di peringkat tertinggi.