Peningkatan Leong Jun Hao tunjukkan langkah positif pembangunan pasukan

Hanis Natasya
Januari 17, 2025 19:41 MYT
Ketua Jurulatih skuad erseorangan Negara, Kenneth Jonassen, mengakui peningkatan Leong Jun Hao selepas pemain itu menewaskan Li Shi Feng dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India baru-baru ini.
Bagaimanapun, Jun Hao perlu memperbaiki teknik pukulannya, terutama ketika berhadapan dengan mata-mata penting.
Jonassen juga berasakan Jun Hao kini semakin matang dalam permainannya.
Jurulatih itu yakin pasukan negara akan terus maju dan mampu memberikan saingan hebat di peringkat tertinggi, membuktikan potensi besar yang dimiliki mereka.
“Kini, hanya terdapat 28 pemain terbaik dunia di atasnya, menjadikan pencapaian ini sebagai satu langkah penting dalam pembangunan pasukan.
“Ini adalah keputusan yang sangat baik dan menjadi batu loncatan penting bagi pasukan untuk meraih lebih kemenangan.
“Selain itu, kepentingan pengalaman dalam menghadapi pelbagai gaya permainan turut ditekankan.
“Walaupun ada hari rehat, ia tidak selalunya memberi kelebihan kerana hari rehat tersebut boleh mengganggu momentum pemain.
“Pengalaman ini sangat penting untuk pembangunan masa depan pasukan.
“Kami akan membina kekuatan dan keyakinan daripada pencapaian ini,” katanya.
#badminton #Leong Jun Hao #Kenneth Jonassen
;