Penganjuran Sukan Komanwel: Malaysia miliki antara venue terbaik dunia -- Gerard Monteiro
Ammar Hakim
Mac 12, 2024 18:18 MYT
Mac 12, 2024 18:18 MYT
Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro, pula menyokong hasrat menganjurkan Sukan Komanwel dengan syarat, ianya berpaksikan penganjuran yang sederhana.
Biarpun berdepan kekangan masa, namun Monteiro yang juga bekas Chef De Mission (CDM) temasya 2022 di Birmingham, optimis dengan penganjuran temasya sukan itu, memandangkan Malaysia memiliki venue terbaik dunia antaranya dalam sukan terjun, renang serta basikal trek.
Antara faktor utama monteiro menyokong penganjuran Sukan Komanwel 2026 adalah pelaburan kewangan RM602 juta daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk mengurangkan beban kewangan anjuran temasya tersebut.
Gerard Monteiro sokong Malaysia jadi hos Sukan Komanwel 2026, mampu beri impak positif menuju Sukan Olimpik 2028#NadiArena #AstroArena #SukanKomanwel pic.twitter.com/663W3mZo1V
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.