Peminat badminton negara diserang histeria

Alice Harun
Ogos 5, 2024 16:24 MYT
Malam yang cukup mendebarkan buat seluruh rakyat Malaysia, situasi tersebut berlaku dalam aksi penentuan pingat gangsa membabitkan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Berdepan wakil Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen, pasangan negara itu terpaksa menerima kekalahan 16-21 dalam set pertama.
Namun, sesuatu yang luar biasa berlaku dalam set kedua apabila pasangan negara itu, yang ketinggalan lima mata 16-20 kepada lawan, bangkit pertingkatkan strategi dan berjaya heret perlawanan ke aksi penentuan.
Dan dalam aksi penentuan, ia sekali lagi ia menguji ‘adrenaline’ rakyat Malaysia ketika pasangan Denmark sempat merapatkan jurang.
Namun, ketahanan mental Aaron-Wooi Yik ternyata tidak perlu dipertikaikan apabila menoktahkan kemenangan 21-19 dalam masa 25 minit.
Dan rata-rata peminat badminton yang mengikuti perlawanan itu berkongsikan pelbagai komen dan ‘caption’ di laman sosial masing-masing.
#badminton #Sukan Olimpik #Soh Wooi Yik #Rencana #Paris 2024 #Aaronc Chia