Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, berpendapat masih terlalu awal untuk meletakkan jangkaan mengenai corak kempimpinan yang bakan dibawa ketua jurulatih perseorangan baru skuad badminton negara, Kenneth Jonassen.
Ini kerana setiap perubahan pasti akan mengambil masa untuk pemain menyesuaikan diri dengan aspek taktikal dan corak permainan ala Eropah yang akan dibawa legenda Denmark itu.
Roslin berpendapat setiap pemain perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dan memberikan sepenuh tumpuan di bawah bimbingan Jonassen.
"Saya rasa daripada segi komitmen. Kalau kita lihat, pemain Eropah perbezaannya ialah daripada segi permulaan permainan mereka ke arah pemain sepenuh masa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Kalau kita lihat, peralihan pemain Asia lebih awal dan pemain Eropah pula lebih lewat tetapi kita boleh melihat bagaimana mereka melakukan persiapan untuk setanding dengan pemain Asia.
"Jadi, ia adalah satu kelebihan buat pemain Eropah daripada segi komitmen dalam latihan.
"Saya rasa elemen yang akan diterapkan oleh Kenneth Jonassen ialah pemain perlu memberikan komitmen dan tumpuan 100 peratus dalam latihan dan bagi saya, ia adalah salah satu daripada ciri-ciri dan elemen untuk menjadi seorang juara," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Nov 24 2024