Skip to main content

Badminton

Pearly-Thinaah perlu fikir sebaiknya sebelum tinggalkan BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hanayo.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menasihatkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, supaya mempertimbangkan sebaik mungkin hasrat untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurutnya, bukan mudah untuk bergerak secara profesional memandangkan ia memerlukan komitmen yang menyeluruh selain menuntut pengurusan kendiri daripada pelbagai aspek seperti barisan kejurulatihan, dana dan sokongan teknikal.

Hannah berkata pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), menerusi Majlis Sukan Negara (MSN), masih menyediakan bantuan sokongan kepada atlet profesional tetapi ia terhad kepada mereka yang layak ke Sukan Olimpik.

BAM hari ini memaklumkan masa depan pasangan beregu nombor empat dunia itu hanya akan ditentukan selepas tamat saingan Terbuka Thailand minggu depan.

"Bagi atlet badminton, saya rasa mereka perlu memikirkan mengenai ekosistem, bantuan dan sokongan, bukan hanya dana atau penajaan yang ditawarkan kepada mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Untuk menjadi pemain profesional bukan senang, ia memerlukan disiplin yang sangat tinggi, khususnya apabila mereka adalah pasukan beregu.

"Apabila di bawah persatuan, mereka akan menjaga semua dan untuk pemain pro, memang KBS menerusi MSN ada menyediakan dana sekiranya mereka layak ke Sukan Olimpik tetapi tidak banyak.

"Saya rasa bukan semua atlet sesuai bergerak secara profesional, jadi saya minta mereka untuk fikirkan sebaiknya sebelum mengambil keputusan untuk tidak bersama BAM," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video