Persembahan cemerlang Pearly Tan-M.Thinaah dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila berjaya mara ke final membantu mereka melonjak ke ranking ketiga dunia bermula esok.
Pearly-Thinaah dijangka naik ke tangga ketiga dalam ranking dunia untuk mengatasi penghuni semasa Baek Ha-na-Lee So-hee.
Ini kerana pasangan Korea Selatan itu gagal mempertahankan kejuaraan di Jakarta, setelah tewas di separuh akhir.
Walaupun terlepas gelaran Terbuka Indonesia bertemu pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, Pearly-Thinaah akan diiktiraf sebagai pasangan tiga terbaik dunia.
Pearly-Thinaah juga menduduki tempat kedua di Indonesia Masters Januari lalu, sebelum memenangi gelaran Terbuka Thailand bulan lalu.