Paris 2024: Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terima habuan kereta mewah

Najmi Iman
Ogos 5, 2024 02:50 MYT
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mendapat habuan pertama susulan meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton yang menyaksikan mereka bertiga bakal memenangi hadiah lumayan.
Sebuah jenama kenderaan, Chery Malaysia, telah mengumumkan ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestih itu.
Dalam masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.
#badminton #Lee Zii Jia #pingat gangsa #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Sukan Olimpik Paris 2024 #Chery Malaysia #Kereta #SUV Chery Tiggo 7 Pro