Paris 2024: Walaupun tewas di tangan nombor satu dunia, tetap percaya kemampuan Aaron-Wooi Yik

Zaki Zainal
Julai 30, 2024 12:12 MYT
Selepas tewas dalam aksi terakhir kumpulan A sekaligus muncul naib juara kumpulan di tangan pilihan utama kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang ianya adalah menjadi titik permulaan buat beregu utama negara kita dalam misi raih pingat emas pertama negara.
Ini diakui sendiri oleh wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani dalam ciapan di aplikasi X miliknya usai perlawanan antara kedua-dua pasangan beraksi di Porte de la Chapelle Arena awal pagi tadi.

I did not see or sense any despair at all from Aaron and Wooi Yik during the post match Interview. Thats a great sign because the fight for an Olympic Medal has just begun. Keep on believing Malaysia ?? ??#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/O8QLWOLdyD

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya langsung tidak nampak atau ada rasa putus asa daripada Aaron dan Wooi Yik semasa sesi temubual selepas perlawanan semalam.
"Itu petanda yang bagus kerana perjuangan untuk Pingat Olimpik baru sahaja bermula.
"Teruskan percaya Malaysia.
#Sukan Olimpik #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Paris 2024 #Badminton Dunia BWF
;