Selepas tewas dalam aksi terakhir kumpulan A sekaligus muncul naib juara kumpulan di tangan pilihan utama kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang ianya adalah menjadi titik permulaan buat beregu utama negara kita dalam misi raih pingat emas pertama negara.

Ini diakui sendiri oleh wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani dalam ciapan di aplikasi X miliknya usai perlawanan antara kedua-dua pasangan beraksi di Porte de la Chapelle Arena awal pagi tadi."Saya langsung tidak nampak atau ada rasa putus asa daripada Aaron dan Wooi Yik semasa sesi temubual selepas perlawanan semalam.

"Itu petanda yang bagus kerana perjuangan untuk Pingat Olimpik baru sahaja bermula.

"Teruskan percaya Malaysia.