Paris 2024: Tiada masalah buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tempah slot ke suku akhir
Najmi Iman
Julai 28, 2024 16:40 MYT
Julai 28, 2024 16:40 MYT
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tiada masalah membenam pasangan dari Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura, untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle.
Pemenang pingat gangsa edisi Sukan Olimpik Tokyo 2021 itu meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir apabila menewaskan cabaran Kanada 21-10, 21-15 dalam tempoh 38 minit bagi menjadi atlet pertama negara melangkah ke pusingan berkenaan.
Beregu Lelaki ?? Aaron Chia/Soh Wooi Yik sahkan kemaraan ke Suku Akhir #SukanOlimpik #Paris2024 menewaskan wakil ?? straight games 21-10, 21-15 Mereka akan berentap dengan Pilihan utama Temasya dari ?? Liang/Wang pada Isnin bagi status Juara Kumpulan A.#KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/MmBZMlaBnT
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas ini, mereka akan bertemu pilihan nombor satu kejohanan iaiti dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, sebagai perlawanan terakhir Kumpulan A pada esok.