Pemenang pingat gangsa edisi Sukan Olimpik Tokyo 2021 itu meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir apabila menewaskan cabaran Kanada 21-10, 21-15 dalam tempoh 38 minit bagi menjadi atlet pertama negara melangkah ke pusingan berkenaan.
Beregu Lelaki ?? Aaron Chia/Soh Wooi Yik sahkan kemaraan ke Suku Akhir #SukanOlimpik #Paris2024 menewaskan wakil ?? straight games 21-10, 21-15
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 28, 2024
Mereka akan berentap dengan Pilihan utama Temasya dari ?? Liang/Wang pada Isnin bagi status Juara Kumpulan A.#KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/MmBZMlaBnT
Selepas ini, mereka akan bertemu pilihan nombor satu kejohanan iaiti dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, sebagai perlawanan terakhir Kumpulan A pada esok.