Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan wakil China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, yang merupakan pilihan kedua kejohanan dalam perlawanan rubber set 17-21,21-15,21-17 di Porte De La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur dalam set pertama apabila melakukan beberapa kesilapan mudah sekali gus memberikan lawan dari China itu peluang untuk mengumpul mata dan memperolehi kemenangan pertama 21-17 dama tempoh 22 minit.
Separuh masa kedua pula menyaksikan pasangan negara cuba memberikan saingan dengan momentum perlawanan yang lebih kemas untuk mendahului 14-6, walaupun pasangan China cuba mengejar tetapi sudah terlambat untuk meraih kemenangan 21-15 dan mengheret aksi ke set penentuan.
Dengan corak permainan yang lebih bertenaga, wakil negara mendominasi perlawanan penentuan walaupun wakil China cuba mengejar untuk muncul sebagai juara Kumpulan D dengan kemenangan 21-17 dalam aksi yang berlangsung hampir 70 minit itu.
Mereka akan melalui sesi undian sekali lagi sebelum mengetahui lawan di peringkat suku akhir nanti dan komited untuk terus fokus dalam perlawanan seterusnya.
"Kita perlu fokus perlawanan demi perlawanan. Kena berjuang dalam gelanggang. Terima kasih atas sokongan." kata Toh Ee Wei.

Chen Tang Jie, Toh Ee Wei.
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 29, 2024
Luar Biasa.
Menakjubkan.
What Malaysians ?? are made of.
???#KitaSemuaTeamMAS@ASTROARENA