Paris 2024: 'Seperti mati hidup semula' kata Hannah Yeoh selepas bangga lihat beregu negara raih gangsa
Najmi Iman
Ogos 4, 2024 02:44 MYT
Ogos 4, 2024 02:44 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meluahkan rasa bangga dengan perjuangan yang ditampilkan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang berjaya menggondol pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Sukan Olimpik Paris 2024.
"Saya ibarat mati hidup semula ketika menyaksikan perlawanan mereka kerana penuh debaran yang mengujakan.
"Mereka melalui tekanan yang tinggi kerana kecewa tidak mara ke pentas akhir namun, mereka tidak berputus asa meskipun tidak memenangi pingat emas seperti yang diharapkan tetapi masih memperaga persembahan yang membanggakan," katanya.
Dalam masa sama, Chef de Mission negara ke sukan berprestij itu, Datuk Hamidin Mohd Amin juga berharap kejayaan gandingan Malaysia itu mampu menyuntik semangan kepada perseorangan nombor satu, Lee Zii Jia, yang bakal turun dalam penentuan pingat gangsa, esok.