Paris 2024: Saya perlu belajar daripada pemain berpengalaman -- Kunlavut Vitidsarn

Saufi Tahir
Ogos 3, 2024 22:28 MYT
Perseorangan Thailand, Kunlavut Vitidsarn, berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas melakar kejutan menyingkirkan wakil China, Shi Yuqi, di Porte de La Chapelle Arena, awal pagi tadi.
Dia menewaskan pilihan pertama kejohanan dengan aksi straight set 21-12,21-10 dalam 45 minit tempoh perlawanan.
Pemain kelahiran Chonburi itu akan berdepan wakil negara, Lee Zii Jia, dalam pusingan separuh akhir untuk merebut slot final di Paris.
Untuk rekod, dalam dua perlawanan terakhir menyaksikan kedua-dua aksi berpihak kepada pemain Thailand itu dengan kali terakhir mereka bertemu adalah pada Terbuka Indonesia dengan Lee Zii Jia tewas dalam aksi straight set 21-16,21-17.
"Ini merupakan Sukan Olimpik pertama saya, saya perlu cuba lakukan yang terbaik. Hari ini rancangan berjalan lancar, dan saya gembira dengan keputusan hari ini.
"Kedua-dua pemain merupakan pemain di peringkat yang tinggi, saya perlu belajar daripada pemain berpengalaman." Katanya kepada Nadi Arena.
#badminton #Paris 2024 #kunlavut Kunlavut
;