Paris 2024: Saya harus bersendirian, fokus sepenuhnya kepada temasya - Wooi Yik
Zaki Zainal
Julai 28, 2024 11:51 MYT
Julai 28, 2024 11:51 MYT
Sebelum ini wujud tanda tanya buat fanatik badminton tanah air mengenai sunyi sepi sahaja di semua platform media sosial Soh Wooi Yik mejelang Olimpik Paris 2024.
Sedar mengenai kerisauan para peminat terhadap Wooi Yik, wartawan Astro Arena -- Shahrazad Sani sempat menemubual tuan empunya badan usai aksi pertama Kumpulan A Beregu Lelaki di Aréna Porte de La Chapelle. Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu akui bahawa persiapan rapi perlu dilakukannya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada saingan Olimpik kali ini.
Mengapa Beregu Lelaki negara Soh Wooi Yik ambil pendekatan menyendiri daripada sebarang interaksi dalam persiapan memburu pingat #SukanOlimpik #Paris2024 #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/tdS7ROaCmS
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
'Ya betul, persiapan rapi dilakukan. Jurulatih dan semua tahu bahawa saya duduk dalam BAM.
"Apa yang saya sendiri mahu adalah fokus dan tidak mahu terganggu dengan apa yang ada di luar. Setiap pemain lain cara dan gaya.
"Bagi saya saya harus bersendirian dan lebih fokus pada kualiti dan gaya permainan. Kita harapkan yang terbaik Tuhan akan bagi kita.
"Kami akan berjuang habis-habisan.
Soh Wooi Yik dan Aaron Chia akan turun kembali beraksi dalam perlawanan kedua kumpulan A menentang beregu dari Kanada iaitu Dong Adam-Nyl Yakura. Selamat maju jaya!