Paris 2024: Rexy Mainaky optimis kempen kontinjen badminton


Julai 10, 2024 20:33 MYT
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, berkongsi timbul naluri yang baik mengenai kempen skuad badminton dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dengan baki 16 hari lagi.
Wartawan Astro Arena, Fariha Razak, sempat bertemu beberapa wakil negara yang akan memburu pingat dalam lima acara badminton kali ini, sebelum mereka berlepas ke kem latihan selama 10 hari di Perancis.
"Ia sudah tidak perlu diumumkan lagi, ia sudah dimaklumkan berulang kali tapi sasaran rasmi untuk kami.
"Kerajaan juga tidak (memberi seruan emas) supaya ia tidak terlalu berkumandang.
"Kalau (atlet) terlalu terbawa-bawa, mereka mungkin tak dapat.
"Di sana nanti baru boleh nampak situasi sebenar pemain. Isyarat badan, cara atlet melihat situasi sebab kalau kami cakap apa pun sekarang, ia berbeza daripada di sana," katanya di Bukit Kiara hari ini.
#badminton #Sukan Olimpik #Paris 2024
;